Ikhlas Dalam Kehidupan | Bidang Hadith Tingkatan 1
Ikhlas Dalam Kehidupan Intisari Hadith Hadith tersebut menjadi asas dan peringatan kepada umat islam betapa pentingnya sifat ikhlas dalam perbuatan. Setiap amalan yang dilaksanakan dengan ikhlas kerana Allah akan mendapat ganjaran yang besar disisi Allah. Amalan yang dilakukan kerana ingin menunjuk-nunjuk kepada manusia akan menjadi sia-sia ibarat hujan jatuh kepasir. Maksud ikhlas Dari segi bahasa - bersih dan suci daripada kotoran yang mencemarkan Dari segi istilah - semua amalan zahir dan batin yang dilakukan semata-mata mengharapkan kerdhaan Allah tanpa menyekutukan dengan yang lain. Musuh kepada sifat ikhlas adalah sifat riya’, sum’ah dan ujub Riyak ialah melakukan amalan untuk dilihat dan dipuji oleh orang Sum’ah ialah memberitahu kepada manusia amalan yang dlakuakn untuk mendapat sesuatu ganjaran Ujub ialah bangga dengan amalan dan kelebihan yang ada pada diri sendiri Ciri-ciri orang yang ikhlas 1 – Istiqamah melakukan kebaikan 2 – Ti...