Hadith Sumber Hukum | Pendidikan Islam Tingkatan 1

 Hadith Sumber Hukum

Terdapat empat sumber hukum dalam Islam, iaitu al-Quran, Hadith, Ijma’ dan Qias. Hadith ialah sumber rujukan kedua selepas al-Quran. Al-Quran dan Hadith saling diperlukan oleh umat Islam. Sesiapa yang mengabaikan al-Quran dan Hadith atau salah satu daripadanya akan sesat. Hadith dijadikan panduan oleh Ulama’ untuk memahami dengan lebih jelas maksud isi kandungan al-Quran. 

Kitab hadith yang menjadi rujukan utama, antaranya termasuklah :

1 – Sahih bukhari

2 – Sahih Muslim

3 – Sunan Abi Daus

4 – Jami’ Tarmizi

5 – Sunan Nasa’i

6 – Sunan Ibn Majah

7 – Mawatta’ Imam Malik

8 – Sunan al-Daarimi

9 – Musnad Ahmad


Hadith

Dari segi bahasa – Kata-kata atau baharu

Dari segi istilah – Sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah sama ada berbentuk percakapan, perbuatan, pengakuan atau persetujuan dan sifat.

Hadith mempunyai dua komponan penting, iaitu sanad dan matan. Untuk memahami kedua-dua komponen ini, lihat contoh yang berikut.

Sanad 

Dari segi bahasa bermaksud Sandaran

Dari segi istilah bermaksud Rangkaian perawi menyampaikan sesuatu matan hadith


Matan 

Dari segi bahasa bermaksud – Sesuatu yang jelas dan zahir

Dari segi istilah bermaksud Teks hadith yang terdapat selepas berakhirnya sanad


Peranan hadith sebagai sumber hukum

Hadith mempunyai peranan sebagai sumber hukum, antaranya termasuklah :-

1 – Menguatkan hukum yang terdapat dalam al-Quran seperti kewajipan berpuasa

2 – Memperincikan isi kandungan al-Quran seperti cara melaksanakan solat

3 – Menjelaskan hukum yang tiada dalam al-Quran seperti pengharan emas dan sutera kepada lelaki

 

Pengelasan hadith

1 – Percakapan

2 – Perbuatan

3 – Pengakuan atau persetujuan

4 – Sifat


Perbandingan antara al-Quran,Hadith Qudsi, dengan Hadith Nabawi

1 – Al-Quran

Makna dan lafaznya daripada Allah

Ganjaran pahala bagi setiap huruf yang dibaca

Martabatnya sahih tanpa keraguan

Wajib berwudu’ apabila memegang dan membawanya

 

2 – Hadith Qudsi

Makna daripada Allah dan lafaz daripada Rasulullah

Mendapat pahala bila mempelajari dan beramal dengannya

Terbahagi kepada sahih, dhaif atau maudu’

Tidak wajib berwudu’ apabila memgang dan membawanya

 

3 – Hadith Nabawi

Makna dan lafaz daripada Rasulallah

Mendapat pahala bila mempelajari dan beramal dengannya

Terbahagi kepada sahih, dhaif atau maudu’

Tidak wajib berwudu’ apabila memgang dan membawanya


Comments