Iblis dan Syaitan Yang Durjana | Bidang Al-Quran Tingkatan 1

 Iblis dan Syaitan Yang Durjana

Ketaatan malaikat dan penderhakaan iblis

Malaikat ialah hamba Allah yang taat pada segala perintahnya. Mereka akan melakukan segala arahan dan suruhan Allah. Hubungan malaikat dengan Allah merupakan perhambaan secara mutlak. Malaikat tidak melanggar suruhan Allah kerana mereka dicipta tanpa nafsu dan keinginan. Mereka melaksanakan suruhan Allah kerana takut akanNya.

Sifat iblis pula berbeza daripada malaikat. Pada peringkat awal, perlakuan Iblis menyerupai perlakuan malaikat yang sentiasa patuh beribadah kepada Allah.

Namun, segala-galanya berubah apbila iblis enggan tunduk memberi hormat kepada Nabi Adam setelah diperintahkan oleh Allah. Setelah diperintahkan oleh Allah, semua malaikat tunduk hormat kecuali iblis. Keingkaran itu disebabkan oleh sifat sombong dan takbur. Iblis berbangga dengan asal kejadiannya yang dirasakannya lebih baik daripada nabi Adam.


Perintah dan larangan Allah kepada Nabi Adam as

Allah memerintahkan nabi Adam dan isterinya tinggal di dalam syurga untuk merasai segala kenikmatan syurga termasuk makanan dan minuman. Disamping itu, Allah melarang kedua-duanya daripada menghampiri pohon larangan dan memakan buahnya.

Perintah Allah - Menghuni dan menikmati makanan dalam syurga 

Larangan Allah - Jangan menghampiri sejenis pohon 



Iblis dan syaitan menyesatkan manusia

Syaitan memperdayakan manusia sejak zaman nabi Adam as lagi. Nabi Adam dan isterinya telah ditipu oleh Iblis sehingga mereka diturunkan ke bumi. Sejak itu Iblis dan Syaitan terus berusaha menyesatkan manusia dengan pelbagai cara. 

Antara cara syaitan menyesatkan manusia ialah dengan :-

1 – Menimbulkan rasa waswas dalam diri manusia

2 – Menghasut manusia supaya meninggalkan suruhan Allah

3 – Menghasut manusia supaya melakukan larangan Allah

4 – Menimbulkan perasaan riya apabila beramal

5 – Menggalakkan amalan sesat


Cara menghindari godaan syaitan

Islam mengajar umatnya untuk mentaati perintah Allah dan meninggalkan larangannya serta berusaha menghindari godaan syaitan. Cara untuk menghindari godaan syaitan meliputi aspek aqidah, ibadah dan akhlak yang boleh digambarkan seperti batang pokok yang berbuah.

1 - Akar = Aqidah

Memperkuatkan aqidah kepada Allah = Rukun Iman. 

2 - Batang = Ibadah Wajib

Menunaikan Ibadah Wajib = Solat, Puasa, Zakat, Haji

3 - Dahan = Ibadah Sunat

Memperbanyakkan Ibadah Sunat = Solat, Puasa, Membaca al-Quran, Sedekah, Zikir

4 - Buah = Akhlak

Menghiasi diri dengan akhlak mahmudah = Memulakan sesuatu dengan istia'azah, basmalah dan doa. 


Comments