Ikhlas Dalam Kehidupan | Bidang Hadith Tingkatan 1
Ikhlas Dalam Kehidupan
Intisari Hadith
Hadith tersebut menjadi asas dan peringatan kepada umat islam
betapa pentingnya sifat ikhlas dalam perbuatan. Setiap amalan yang dilaksanakan
dengan ikhlas kerana Allah akan mendapat ganjaran yang besar disisi Allah.
Amalan yang dilakukan kerana ingin menunjuk-nunjuk kepada manusia akan menjadi
sia-sia ibarat hujan jatuh kepasir.
Maksud ikhlas
Dari segi bahasa - bersih dan suci daripada kotoran yang
mencemarkan
Dari segi istilah - semua amalan zahir dan batin yang dilakukan
semata-mata mengharapkan kerdhaan Allah tanpa menyekutukan dengan yang lain.
Musuh kepada sifat ikhlas adalah sifat riya’, sum’ah dan ujub
Riyak
ialah melakukan amalan untuk dilihat dan dipuji oleh orang
Sum’ah
ialah memberitahu kepada manusia amalan yang dlakuakn untuk mendapat sesuatu
ganjaran
Ujub
ialah bangga dengan amalan dan kelebihan yang ada pada diri sendiri
Ciri-ciri orang yang ikhlas
1 – Istiqamah
melakukan kebaikan
2 –
Tidak mengharapkan pujian manusia
3 –
Sentiasa mengharapkan keredhaan Allah
4 –
Tidak mengingati kebaikan yang dilakukan
5 –
Sentiasa bersabar dalam kesulitan
6 –
Tidak mengiraukan kejian manusia
7 –
Mengharapkan ganjaran pahala di akhirat
Kepentingan ikhlas
Allah memerintahkan hambanya agar bersifat ikhlas dalam melakukan
sesuatu ibadah. Orang yang ikhlas akan mendapat kebahagian di dunia dan di
akhirat.
1 –
Mendapat perlindungan Allah
2 –
Hidup menjadi tenang dan tenteram
3 –
Terhindar daripada hasutan syaitan
4 –
Diangkat darjat dan martabat oleh Allah
5 –
Amal ibadah diterima Allah
6 –
Doanya akan dimakbulkan oleh Allah

Comments
Post a Comment