Makanan Yang Halal Lagi Baik | Bidang Al-Quran Tingkatan 1

 Makanan Yang Halal Lagi Baik

Wahai manusia, makanlah daripada apa-apa yang terdapat di bumi dan halal lagi baik, dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang lagi nyata bagi kamu.
( Surah Al-Baqarah Ayat 168 )

Ciri-ciri makanan halal lagi baik

Terdapat hadith yang menjelaskan tuntutan ayat al-quran ini, antaranya termasuklah hadith yang diriwayatkan oleh Abu hurairah yang menjelaskan bahawa para Rasul dan orang yang beriman dituntut supaya mengambil makanan yang halal lagi baik. Disamping makanan yang halal, umat Islam dituntut agar mengambil makanan yang baik. 

Ciri-ciri makanan yang baik termasuklah :-

1 – Bersih

2 – Berkhasiat

3 – Seimbang

4 – Mengikut keperluan


Maksud makanan yang halal dan makanan yang haram.

Makanan halal ialah makanan yang dibenarkan oleh syara’. 

Makanan haram pula adalah makanan yang dilarang oleh syara’,


Akibat pengambilan makanan yang haram. 

1 – Hati menjadi keras

2 – Tidak mendapat kemanisan beribadat

3 – Terdorong melakukan kejahatan

4 – Kasar peribadi

5 – Kecerdasan minda terganggu

6 – Sentiasa berada dalam keluh kesah

7 – Mendapat kemurkaan dan azab Allah

8 – Mendapat penyakit

9 – Dibenci oleh masyarakat

10 – Susah memahami ilmu yang dipelajari

11 – Doa tidak mustajab


Perbezaan ciri makanan halal dengan makanan haram

Aspek bahan

Makanan Halal dibuat dari bahan yang halal dimakan, 

Makanan Haram pula dibuat dari bahan yang haram dimakan

Aspek sembelihan – 

Makanan Halal disembelih mengikut hukum syara’, 

Makanan Haram disembelih tidak mengikut hukum syara’

Aspek kandungan – 

Makanan Halal bebas dari kekotoran dan najis, 

Makanan Haram pula bercampur dengan najis dan kotoran

Aspek kebersihan – 

Makanan Halal disimpan ditempat yang suci, 

makanan haram pula disimpan ditempat yang bernajis

Aspek kesihatan – 

Makanan Halal bebas daripada racun dan perkara yang menjejaskan kesihatan, 

Makanan Haram pula mengandungi racun dan sesuatu yang memudaratkan kesihatan

Aspek sumber – 

Makanan Halal diperoleh dengan cara halal, 

Makanan Haram pula diperoleh dengan cara yang haram


Comments