Sabar Menghadapi Dugaan Kehidupan | Bidang Al-Quran Tingkatan 1

 Sabar Menghadapi Dugaan Kehidupan



Ujian Allah kepada manusia

Ujian merupakan Sunnatullah yang berlaku kepada manusia. Ujian boleh datang sama ada dalam perintah dan larangan, perkata yang halal dan yang haram, kesihatan dan kesakitan, kemewahan dan kemiskinan, atau hidayah dan kesesatan.

... dan Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan, dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.
( Surah al-Anbiya' ayat 35 )

Ayat tersebut menjeaskan bahawa Allah menguji hambanya dengan musibah dan nikmat untuk memperlihatkan golongan yang bersyukur dan golongan yang kufur, atau golongan yang bersabar dan golongan yang berputus asa. 

Dalam ayat 155 surah al-Baqarah, Allah menyatakan beberapa contoh musibah yang ditimpakan keatas hambanya, iaitu :

1 – Perasaan takut 

2 – Kelaparan dan kebuluran

3 – Kehilangan harta benda

4 – Kematian orang yang disayangi

5 – Kekurangan hasil tanaman


Cara menghadapi musibah

Allah menguji hambanya untuk menilai tahap keimanan mereka. Sesiapa yang bersabar akan memperoleh pahala. Sikap orang yang beriman ketika berhadapan dengan musibah tidak mengeluh apatah lagi berputus asa. 

Antara cara yang boleh dilakukan ketika menghadapi musibah termasuklah : -

1 – Yakin dengan sepenuh hati bahawa musibah yang dihadapi ialah ketentuan dan takdir Allah.

2 – Berbaik sangka dengan Allah bahawa setap ujian pasti ada hikmah di sebaliknya.

3 – Sentiasa tabah dan sabar serta mengharapkan pahala daripada Allah.

4 – Muhasabah diri dan berusaha meningkatkan ibadah seperti solat sunat, membaca Al-Quran dan berzikir.

5 – Banyakkan berdoa sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah :-

Sesungguhnya kita milik Allah, dan sesungguhnya hanya kepada Allah kita dikembalikan. Ya Allah, berikanlah pahala dalam musibahku ini dan berikanlah ganti kepadaku yang lebih baik daripadanya.
(Riwayat Muslim)

Hikmah disebalik ujian

Terdapat banyak hikmah disebalik ujian yang berlaku :-

1 – Menguji tahap keimanan manusia.

2 – Membezakan antara mukmin dan kafir.

3 – Mendapat kesejahteraan dan rahmat Allah.

4 – Mendapat petunjuk daripada Allah.

5 – Meningkatkan ketaqwaan dan mengangkat darjat manusia.

6 – Menghapuskan dosa dan mendapat pahala.



Comments