Segala Puji Bagi Allah | Bidang Al-Quran Tingkatan 1

 Segala Puji Bagi Allah

Intisari Ayat

Daripada ayat di atas, dapat kita ketahui bahawa –

1 – Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

2 – Allah adalah Tuhan Sekalian alam

3 – Allah pemilik Hari Pembalasan

4 – Allah adalah yang berhak disembah dan yang berhak untuk diminta pertolongan

5 – Memohon kepada Allah untuk dihidayahkan jalan yang lurus, yakni bukan jalan Yahudi dan Nasrani


Pujian Kepada Allah SWT

Ayat 1-3 Surah Al-Fatihah

Ucapan basmalah mengajar kita supaya melakukan sesuatu Ikhlas kerana Allah. Ucapan alhamdulillah pula ialah kata-kata pujian yang dikhususkan bagi Allah sebagai tuhan yang mencipta dan mentadbir sekalian alam. Puji-pujian kepada Allah dilahirkan dengan menyebut nama-namanya seperti al-Rahman dan al-Rahim yang menunjukkan rahmat dan kasih sayang yang dilimpahkan kepada hambanya. Semua ucapan ini hendaklah disertai rasa cinta kepada Allah dan dibuktikan dengan mematuhi segala perintahNya.


Beriman kepada Hari Akhirat


Ayat 4 Surah Al-Fatihah 

Hanya Allah yang memerintah pada hari Akhirat, iaitu hari pembalasan terhadap amalan manusia selepas kemusnahan alam dunia. Hanya Allah berkuasa menghukum dan membalas perbuatan manusia. Segala amalan manusia akan sidoal, dihitung dan ditimbang oleh Allah. Pada hari itu, tiada sesiapa yang berkuasa. Semua manusia berada di bawah kekuasaan Allah yang Maha Esaa dan menerima semua ketentuan dan hukuman yang diputuskan oleh Allah. Setelah itu, manusia akan melalui titian sirat untuk kesyurga. Orang mukmin yang melakukan amalan soleh akan dapat melepasi titian sirat dengan mudah manakala orang kafir akan terjerumus kedalam neraka. Perkara ini dijelaskan di dalam ayat al-Quran :-

Oleh itu, setiap kali kita membaca ayat ini, kita hendaklah yakin bahawa segala amalan kita akan dihitung oleh Allah. Kita hendaklah beristiqamah dalam beramal dengan ajaran Islam supaya kita selamat dan bahagia didunia dan di akhirat. 


Menyembah Dan Memohon Pertolongan Hanya Kepada Allah

Ayat 5 Surah Al-Fatihah

Allah mengajar kita erti “ubudiyyah” dan “isti’anah”. Ubudiyyah bererti mengkhususkan pengabdian diri hanya kepada Allah. Segala ibadah yang dilakukan hanya ditujukan kepada Allah. Isti’anah pula ialah memohon hanya kepada Allah untuk mendapat kebaikan dan menolak keburukan dunia dan akhirat. Kita hendaklah yakin bahawa hanya Allah semata-mata yang berkuasa memperkenankan permintaan hambaNya.


Jalan Yang Diredhai

Ayat 6-7 Surah Al-Fatihah

Allah mengajar kita supaya memohon hidayah kejalan yang benar. Hidayah perkara yang paling penting dalam kehidupan manusia untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Golongan yang benar dan mendapat petunjuk ialah orang yang beriman dan mengikut ajaran Islam yang diajar oleh rasulullah. Orang yang dimurkai Allah pula ialah penganut Yahudi manakala orang yang sesat ialah penganut Nasrani.



Comments