Hidayah Allah SWT | Tilawah Al-Quran Tingkatan 5
Hidayah Allah SWT
1 - Golongan Yang Mendapat Hidayah Allah SWT
1.1 - Bertasbih dan bertahmid kepada Allah SWT.
1.2 - Berjual-beli tanpa lalai daripada mengingati Allah SWT.
1.3 - Mendirikan Solat Fardhu.
1.4 - Mengeluarkan zakat.
1.5 - Takut kepada pembalasan Hari Kiamat.
2 - Cara Mendapatkan Hidayah Allah SWT.
2.1 - Menuntut ilmu
Seorang yangberilmu akan mudah mendapat hidayah kerana ilmu dapat membantu membezakan antara kebaikan adn keburukan. Apabila mempunyai ilmu pengetahuan, hatinya akan mudah terbuka untuk menerima dan menghayati ajaran Islam.
2.2 - Beramal
Amal adalah pelengkap kepada ilmu. Kedua-duanya akan dapat membentuk seseorang menjadi hamba Allah SWT yang soleh. Allah amat murka kepada orang yang tidak beramal dengan ilmunya. Contohnya seorang yang mengetahui solat itu Wajib tetapi tidak mengerjakannya.
2.3 - Zikrullah
Hati yang sentiasa mengingati Allah SWT akan menjadi lembut dan mudah menerima kebenaran. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa membasahi lidah kita dengan berzikir kepada Allah. Allah menyatakan bahawa berzikit boleh mnyebabkan hati kita menjadi tenang.
3 - Halangan-Halangan Daripada Memperolehi Hidayah Allah SWT.
Walaupun kita meyakini bahawa hidayah itu milik Allah SWT, tetapi kita mesti berusaha untuk mendapatkannya. Usaha kita untuk mendapatkan hidayah tidak akan berhasil sekiranya :-
3.1 - Terus berada dalam kejahilan
3.2 - Tidak berusaha menuntut ilmunya.
3.3 - Tidak beramal dengan ilmunya
3.4 - Bersikap sombong dan tidak mahu menerima kelemahan diri.
3.5 - Melakukan maksiat.
3.6 - Memakan makanan yang haram.
4 - Al-Quran Sebagai Mukjizat
Allah SWT mengurniakan mukjizat kepada setiap Rasul untuk membuktikan kebenaran ajaran yang dibawa oleh mereka serta melemahkan Hujah orang yang menentang mereka. Nabi Muhammad SAW telah dikurniakan dengan berbagai-bagai mukjizat. Mukjizat yang teragung ialah al-Quran dan mukjizat al-Quran ialah :-
4.1 - Gaya bahasa al-Quran yang sangat indah sehingga melemahkan orang-orang Arab pada masa itu yang telah mencapai kemuncak dalam kesusasteraan Bahasa Arab.
4.2 - al-Quran mengandungi pelbagai jenis ilmu termasuk yang berkaitan dengan alam ghaib. Ini menjadi bukti bahawa al-Quran buka karangan Nabi Muhammad SAW.
4.3 - Allah SWT mencabar manusia supaya menciptakan satu surah sebagaimana al-Quran dan manusia tidak boleh dan tidak akan boleh menandingi keindahan Bahasa al-Quran.
5 - Ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayat
5.1 - Ilmu Fardhu Ain ialah ilmu yang WAJIB dipelajari oleh setiap orang Islam bagi menyempurnakan kehidupan dunia dan agamanya seperti ilmu tentang mengerjakan Solat, Puasa dan Membaca al-Quran.
5.2 - Ilmu Fardhu Kifayah ialah ilmu yang WAJIB dipelajari oleh umat Islam dan kewajipannya GUGUR sekiranya sebahagian umat melakukannya seperti Ilmu Perubatan, Kejuruteraan, Perundangan.
6 - Pengajaran Ayat
6.1 - Hidayah Allah SWT yang menerangi hati orang mukmin umpama cahaya yang menerangi alam.
6.2 - Manusia perlu berusaha bagi mendapatkan hidayah Allah SWT.
6.3 - Menuntut ilmu adalah satu kewajipan dan merupakan salah satu usaha untuk memperolehi hidayah Allah SWT.
6.4 - Kita WAJIB menguasai Ilmu Fardhu Ain dan Ilmu Fardhu Kifayah untuk menjadi pakar dalam kedua-dua bidang.
Comments
Post a Comment